Saturday, June 29, 2024
FUN RUN MPSM PESSCA TAHUN 2024 - DAERAH DAN TEMPAT LARIAN
SENARAI LOKASI FUN RUN MPSM PESSCA TAHUN 2024 MENGIKUT DAERAH
Sunday, June 2, 2024
AKAUN FUN RUN MPSM TAHUN 2024
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Cawangan Seberang Perai Utara 1
Bank Islam
0704 3011 0669 30
KATEGORI FUN RUN
BIL |
KATEGORI |
JARAK |
1. |
SEKOLAH RENDAH |
3KM |
2. |
SEKOLAH MENENGAH |
6KM |
3. |
TERBUKA |
3KM @ 6KM |
MATLAMAT DAN OBJEKTIF FUN RUN MPSM PESCCA 2024
PENDAHULUAN
Larian merupakan satu aktiviti fizikal/riadah yang amat popular di negara kita Malaysia sekarang. Aktiviti larian ini juga dapat kita lihat turut menular di kalangan warga pendidik dan masyarakat setempat. Melalui aktiviti larian ini juga kita dapat mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat setempat di samping meningkatkan tahap kecergasan masing-masing. Oleh yang demikian, bersempena dengan dalam Bulan Kemerdekaan negara, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Pulau Pinang bersama - sama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, MPSM Kebangsaan dan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Pulau Pinang telah mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu larian “Fun Run MPSM” #pendidikannegaramadani, bagi menggalakkan aktiviti kecergasan di kalangan warga sekolah dan pada masa yang sama mempromosikan aktiviti larian ini kepada masyarakat.
MATLAMAT
Matlamat penganjuran larian ini adalah untuk mempromosikan aktiviti larian dan pada masa yang sama meningkatkan tahap kecergasan masyarakat. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal. Di samping itu juga, secara tidak langsung program ini juga dapat menjadi wadah mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh warga pendidik dan masyarakat.
OBJEKTIF
· Mengamalkan cara hidup sihat dan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.
· Membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh badan serta kesihatan diri.
· Memberi peluang kepada masyarakat yang baharu mengikuti aktiviti larian.
· Membina, memupuk dan melahirkan masyarakat yang kuat fizikal dan jati diri serta dapat mewujudkan sikap daya saing dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat.